Kad Kredit Bank Rakyat
Terbahagi kepada 2 iaitu:-
- Kad Debit-i
- Kad Debit-i Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit-i)
Kad Debit-i
Kad Debit-i Bank Rakyat (Kad Orchid) boleh digunakan untuk urusniaga runcit dan pengeluaran tunai di semua premis saudagar dan juga institusi kewangan yang menerima urusniaga/transaksi MasterCard di seluruh dunia. Ia juga adalah merupakan alternatif kepada tunai dan cek.
Konsep Syariah
Wakalah Bil Ujrah
Kelayakan
- Pelanggan perlu mempunyai/membuka Akaun Simpanan-i Individu
- Individu berumur 18 tahun ke atas
- Permohonan baru dan penggantian Kad Debit-i Bank Rakyat boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank Rakyat.
Syarat apply kredit kad Bank Rakyat-i
baki minimum pembukaan/permohonan kad adalah berdasarkan syarat deposit minimum pembukaan Akaun Simpanan-i/Akaun Semasa-i Elektronik (e-CAi).
Kelebihan memiliki kad kredit-i Bank Rakyat
- Tiada keperluan pendapatan minimum
- Kad Debit-i Bank Rakyat boleh diperolehi pada hari yang sama dengan permohonan diproses
- Diterima di semua kaunter saudagar yang menyertai MasterCard seluruh dunia
- Sama seperti kad kredit – boleh digunakan untuk pembelian runcit, transaksi internet dan pengeluaran tunai di ATM di dalam negeri dan luar negara
- Had penggunaan kad harian (gabungan urusniaga runcit dan pengeluaran tunai) yang tinggi, sehingga RM10,000 atau jumlah baki boleh guna di dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah
- Had pengeluaran tunai harian sebanyak RM3,000 atau maksima sebanyak RM5,000* sehari
Nota:
Transaksi di kaunter pedagang-pedagang yang menawarkan barangan/khidmat tidak halal adalah disekat
Transaksi Luar Negara Dan Pembelian Online
Untuk tujuan keselamatan, sila maklumkan kepada Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-26936880 terlebih dahulu sebelum menggunakan kad untuk sebarang urus niaga di luar negara dan/atau belian secara online melalui internet
Fi & Caj:
Transaksi Caj
Yuran tahunan
Percuma untuk tahun pertama;RM8.00 untuk tahun kedua dan seterusnya, sepanjang tempoh sah kad Yuran ini akan dikenakan pada setiap tarikh ulang tahun kad, bermula tahun kedua.
Yuran keahlian
Tiada
Fi pemprosesan permohonan
Tiada
Fi perkhidmatan pengeluaran tunai
Di ATM Bank Rakyat - Tiada
Di ATM dan Kaunter Bank Lain di dalam Malaysia - RM1.00*
Di ATM dan Kaunter Bank Lain di luar Malaysia - RM12.00*
Caj penggantian kad
RM12.00
Pertukaran urus niaga luar negara (% daripada jumlah penggunaan)
1.25% daripada jumlah penggunaan
Caj salinan deraf jualan
RM5.30 untuk setiap permintaan ke atas salinan deraf jualan;
RM15.90 untuk setiap permintaan ke atas salinan asal deraf jualan.
Caj salinan penyata transaksi
RM5.30
Pertanyaan baki di ATM Bank lain
RM0
Had Transaksi
Perkara
Had Transaksi
Baki akaun simpanan
Minimum RM10
Pertukaran urus niaga luar negara (% daripada jumlah penggunaan).
1.25% daripada jumlah penggunaan.
Had penggunaan kad harian
RM10,000 atau jumlah baki boleh guna dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah
Pengeluaran melalui mesin ATM
RM3,000 atau maksimum RM5,000 sehari
Had pengeluaran di mesin ATM bagi setiap transaksi
Maksimum RM1,500
Pembelian runcit (retail purchase)
Maksimum RM10,000 sehari atau mengikut jumlah Akaun Simpanan-i, yang mana lebih rendah.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454
Kad Debit-i Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit-i)
Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Selain itu, KADS1M Debit-i ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar.
Ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (dahulunya dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia) disalurkan kepada Pelajar Pendidikan Tinggi yang layak menerusi KADS1M Debit-i Bank Rakyat
Keistimewaan:
- MUDAH
1 Kad untuk urusan pembelian, pembayaran dan pengeluaran tunai melalui Akaun Simpanan-i - SELAMAT
Alternatif terbaik kepada tunai untuk transaksi pembelian secara konvensional ataupun atas talian
- JIMAT
Pelbagai diskaun dan promosi dari rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan MasterCard
- Kelebihan:
Memudahkan ibu bapa untuk urusan deposit / kiriman wang kepada pelajar/anak.
6% GST tidak dikenakan untuk Yuran Tahunan & transaksi di semua mesin ATM Bank Rakyat.
Transaksi tanpa tunai (cashless transactions) untuk sebarang urusan harian.
Nikmati diskaun dan rebat tambahan daripada promosi rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan juga MasterCard.
Kelayakan:
Terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta dalam dan luar negara di bawah seliaan:
- Kementerian Pendidikan Tinggi.
- Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Kementerian Sumber Manusia.
- Institusi Pendidikan Guru Malaysia.
- Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK.
Ciri-ciri:
- 3-dalam-1: Kad Debit, Kad Atm dan Kad Diskaun.
- Berkonsepkan Syariah.
- Tiada Riba' dan Gharar.
- Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar Negara.
- Transaksi Tanpa Sentuh (Contactless).
- Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan.
- Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password (OTP).
Fi Dan Caj
JUMLAH Yuran Tahunan
Yuran tahunan pada tahun pertama adalah PERCUMA kepada pelajar yang LAYAK menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi sahaja.
RM5 yuran tahunan akan dikenakan pada tahun pertama kepada pemegang KADS1M Debit-i yang TIDAK LAYAK menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi.
Kad ini perlu diperbaharui setiap 3 TAHUN. Setelah tamat tempoh dan pelajar telah menamatkan pengajian, KADSIM Debit akan diperbaharui menggunakan produk KADS1M Debit-i Bank Rakyat.
aj gantian kad jika berlaku kehilangan dan kerosakan kad
RM12 (Caj akan dikenakan untuk penggantian kad yang telah dilaksanakan di atas permintaan Pemegang Kad)
Nota: Tiada caj akan dikenakan sekiranya penggantian kad adalah disebabkan oleh kerosakan Cip/Kad atau berdasarkan inisiatif Bank. Nota: Penggantian kad boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Rakyat
*from Bank Rakyat website
Untuk rate dan promosi terkini, sila klik link dibawah ↓
Mohon Pinjaman Peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun
Penjawat awam yang ingin membuat pinjaman, sila whatsapp slipgaji terkini ke 019-2983056. Pihak kami akan membuat pengiraan dan memberi maklum balas secepat mungkin. Kami menawarkan loan yayasan ihsan rakyat, yayasan perlis rce, kobeta, kowamas, idsb, coshare, kogemilang, koperasi kekal, koputri dan koperasi-koperasi lain. Kami juga menawarkan pinjaman bank dari Bank Rakyat, BSN, Public Islamic Bank, MBSB, Alliance Bank dll.
Cetakan epenyata gaji anm dan laporan
Cetakan eslipgaji (payslip) jabatan akauntan negara malaysia. Cara mendaftar dan panduan semakan payslip akan ditunjukkan