Kebocoran data berkaitan sekat telefon SKMM
LAPORAN KHAS l Terdapat maklumat yang menunjukkan data peribadi yang dicuri daripada syarikat telekomunikasi adalah untuk disalurkan kepada sistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertujuan untuk menghalang kecurian telefon bimbit.
Data telekomunikasi yang bocor itu adalah sebahagian daripada data lebih besar yang dicuri, yang pertama kali didedahkan oleh Lowyat.net pada 19 Oktober, setelah percubaan oleh seorang pengguna yang tidak dikenali untuk menjualnya di forum portal teknologi itu.
Malaysiakini dalam laporan ini cuba menerangkan jenis data yang dicuri, termasuk dari portal mencari kerja, platform dagangan pertukaran asing dan persatuan perubatan, yang mungkin diperolehi akibat tidak mematuhi keselamatan siber.
Kami cuba menjelaskan butiran bagaimana data dicuri khususnya data telekomunikasi.
Dalam analisis ini, Malaysiakini mendapati terdapat beberapa nama fail data telekomunikasi yang mengandungi sama ada perkataan PCBS, MCMC atau SKMM. Nama fail dari sekurang-kurangnya enam telekomunikasi menggunakan rujukan itu.
MCMC dan SKMM adalah singkatan bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, manakala PCBS adalah singkatan untuk Sekatan Perkhidmatan Selular Awam (PCBS).
PCBS, dilancarkan pada bulan Februari 2014, adalah inisiatif oleh SKMM untuk menyediakan perkhidmatan yang membolehkan telefon yang dicuri disekat daripada membuat panggilan, menghantar mesej atau mengakses Internet - walaupun kad SIM ditukar.
Untuk tujuan ini, Malaysian Central Equipment Identity Register (MCEIR) telah diwujudkan. Ia adalah pangkalan data nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI), siri unik yang mampu mengenal pasti setiap telefon bimbit di negara ini.
Fail telekomunikasi yang bocor, termasuk maklumat peribadi, juga mengandungi IMEI dan kali terakhir dikemas-kini antara Mei dan Julai 2014.
Seorang eksekutif telekomunikasi yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi telah mengumpulkan pangkalan data pengguna mereka dan menyerahkannya kepada PCBS.
Pada 2014, syarikat-syarikat telekomunikasi menghantar notis kepada pelanggan bahawa data peribadi mereka akan diserahkan MCEIR. Notis ini masih dipaparkan di laman web kebanyakan syarikat telekomunikasi utama.
Walau bagaimanapun, PCBS tidak diuruskan oleh SKMM sendiri tetapi diserahkan kepada syarikat swasta Nuemera Sdn Bhd.
Sumber telekomunikasi itu bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada data peribadi berkenaan diserahkan kepada SKMM atau terus kepada pengurus sistem tersebut, iaitu Nuemera.
*sumber dipetik dari Malaysiakini
Untuk rate dan promosi terkini, sila klik link dibawah ↓
Mohon Pinjaman Peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun
Penjawat awam yang ingin membuat pinjaman, sila whatsapp slipgaji terkini ke 019-2983056. Pihak kami akan membuat pengiraan dan memberi maklum balas secepat mungkin. Kami menawarkan loan yayasan ihsan rakyat, yayasan perlis rce, kobeta, kowamas, idsb, coshare, kogemilang, koperasi kekal, koputri dan koperasi-koperasi lain. Kami juga menawarkan pinjaman bank dari Bank Rakyat, BSN, Public Islamic Bank, MBSB, Alliance Bank dll.
Cetakan epenyata gaji anm dan laporan
Cetakan eslipgaji (payslip) jabatan akauntan negara malaysia. Cara mendaftar dan panduan semakan payslip akan ditunjukkan