ada-adasaja

Trending Today
- Dato Seri Anwar Ibrahim
- Pinjaman Peribadi
- Lirik Lagu Melayu
- Cameron Highlands
- Pulau Tercantik di Malaysia
- Tempat makan paling best
- PRU14
- Bajet 2018
- PPIM

Legendary Tennis Players
- Roger Federer
- Rafael Nadal
- Martina Hingis
- Pete Pistol Sampras
- Megat Khairul
- Andre Agassi
- Serena Williams
- Monica Seles
(View All Players Information)

ada2saja sebuah portal lengkap dengan berita dan informasi untuk tatapan umum. Semua artikel/berita adalah hak milik nama pemilik/editor yang telah disiarkan dibawah setiap artikel. Pihak kami hanya memetik dari sumber yang sahih, dipercayai dan bermutu tinggi

Sekiranya anda mempunyai kisah peribadi ataupun moment untuk dikongsikan bersama, sila emel di tanya@ada2saja.com

Jika anda ingin mengiklankan produk/ perkhidmatan anda, sila emel di iklan@ada2saja.com

php hit counter

Pulau Pinang Bangkit dari banjir besar yang terburuk. KM mohon maaf

ULASAN l Kerajaan negeri akan melancarkan program “Pulau Pinang Bangkit” bernilai RM100 juta untuk membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana angin rebut kencang dan banjir terburuk dalam sejarah yang melanda Pulau Pinang pada 4 November dan awal pagi 5 November 2017.

Pulau Pinang dilandai tempias tiga bencana alam sekaligus yakni Taufan Damrey yang melandai Vietnam, angin ribut kencang yang paling kuat dalam sejarah Malaysia setinggi 40 batu sejam sehingga feri Pulau Pinang boleh diangkat naik dan ditolak ke atas jeti konkrit serta banjir besar di sempadan negeri Kedah yang melimpah ke Pulau Pinang dan menyebabkan paling ramai mangsa banjir daripada angin ribut kencang dan banjir sebenar pada 4-5 November 2017.

Pulau Pinang Bangkit dari banjir besar yang terburuk. KM mohon maaf

Pulau Pinang Bangkit dari banjir besar yang terburuk. KM mohon maafPulau Pinang Bangkit dari banjir besar yang terburuk. KM mohon maafPulau Pinang Bangkit dari banjir besar yang terburuk. KM mohon maafPulau Pinang Bangkit dari banjir besar yang terburuk. KM mohon maafPulau Pinang Bangkit dari banjir besar yang terburuk. KM mohon maafPada 4-5 November 2017, hujan turun dengan lebat sehingga 372 mm hujan dicatitkan di Stesen Pajak Song di Seberang Perai Utara (SPU), dan lain-lain tempat secara purata di antara 250mm hingga 300mm dalam masa 15 jam sahaja dan telah mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah negeri kita.

Tolong bayangkan bahawa sebulan hujan hanya sekadar 250mm dan kita boleh lihat bahawa Pulau Pinang dilandai hujan di antara sebulan hingga setengah bulan dalam satu malam. Dianggarkan hampir 100,000 isi rumah di serata negeri terjejas akibat musibah ini.

Adalah dikesali bahawa tidak ada sebarang amaran awal diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk bencana sebesar ini sehingga kami tidak bersiap sedia langsung menghadapinya.

Malah Jabatan Kaji Cuaca hanya mengumumkan hujan peringkat merah (paling lebat) pada jam 9.30 malam pada malam 4 November 2017 semasa angin ribut dan hujan sedang berjalan. Tidak ada amaran pun ada angin ribut kencang sampai 40 batu sejam.

Kegagalan memberikan amaran awal diakui oleh timbalan perdana menteri secara terbuka dan juga oleh perdana menteri dalam taklimat dalaman apabila mereka melawat mangsa-mangsa banjir masing-masing pada 6 dan 7 November 2017.

Mohon bantuan TPM

Kegagalan memberikan amaran awal telah menyebabkan aset-aset kelengkapan bencana seperti perahu, lori besar dan anggota penyelamat daripada semua jabatan tidak sempat dikerahkan sepenuhnya ke kawasan “hotspot”.

Ini mencacatkan kerja penyelamatan khususnya apabila angin ribut kencang menyebabkan lebih 100 tempat pokok tumbang menghalang jalan raya sehingga kenderaan tidak bolah sampai ke kawasan banjir.

Semasa membantu kerja penyelamatan, saya sedar bahawa pihak Kerajaan Negeri bersama dengan PDRM, Jabatan Pertahanan Awam, MBPP, MPSP dan Jabatan Penyelamat Bomba tidak mampu menangani bencana yang terburuk ini.

Itulah sebabnya saya telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri pada 3.30 pagi untuk meminta bantuan beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengerahkan anggotanya membantu kerja penyelamatan.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada timbalan perdana menteri dan juga bantuan lain yang diberikan beliau. Terima kasih juga kepada ATM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim dan pasukan NADMAnya serta agensi kerajaan negeri.

Adalah perlu Jabatan Kajicuaca memperbaiki sistem amaran awal dan juga ketepatan ramalan cuacanya. Sekiranya amaran awal yang tepat boleh didirikan, kerajaan negeri boleh bersiap sedia menghadapi gelombang bencana pertama atau kedua yang kami yakin dapat mengurangkan, menyekat dan menghadkan kehilangan dan kerugian yang dialami.

Kehilangan nyawa

Tanpa kesiapsiagaan inilah yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian kewangan dilipatgandakan.

Malangnya ia terlewat untuk tujuh mangsa banjir yang kehilangan nyawa dan Kerajaan Negeri ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. Saya ingin menjemput semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk bertafakur selama seminit.

Kerajaan negeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri yang membelakangi perbezaan fahaman politik untuk melawat negeri Pulau Pinang dan mangsa-mangsa banjir.

Kerajaan negeri harap beliau boleh umumkan bantuan kecemasan segera kepada semua mangsa-mangsa serta meluluskan permohonan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk negeri Pulau Pinang sebanyak RM 1 bilion.

Kerajaan negeri telah diluluskan projek RTB sebanyak RM2.6 bilion sejak 12 tahun yang lepas. Akan tetapi daripada jumlah RM2.6 bilion hanya RM1.02 bilion sahaja yang dibelanjakan.
JPS Pulau Pinang tidak meminta baki RM1.6 bilion yang diluluskan tetapi belum dibelanjakan.

Sebaliknya JPS Pulau Pinang hanya meminta RM1 bilion untuk 13 buah projek RTB di seluruh negeri Pulau Pinang . Adalah diharapkan perdana menteri boleh luluskan permohonan ini sepertimana beliau berjanji akan memberikan pertimbangan serius.

Sepanjang krisis ini, kita telah menyaksikan semangat kental rakyat Pulau Pinang dan kebesaran hati ribuan sukarelawan dari Pulau Pinang dan seluruh Malaysia yang telah mendermakan wang, mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk turun ke kawasan banjir bagi memberikan pertolongan.

Semua telah melakukan sedaya upaya mereka untuk bantu-membantu sesama sendiri, walaupun mungkin tidak mengenali antara satu sama lain. Inilah yang boleh dikatakan hidup bermuafakat, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Semangat perpaduan

Saya juga tersentuh dengan semangat perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di mana rakyat berbilang kaum dan agama telahpun membuka pintu rumah dan juga hati mereka.

Orang Islam membantu bukan Islam dan orang bukan Islam membantu mangsa Islam. Inilah wadah semangat Malaysia dan kekitaan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama yang paling murni sekali.

Kemurnian ini dicerminkan apabila Encik Sapno Tukijo, Bilal Surau Rumah Pangsa Taman Free School, telah membenarkan surau menjadi tempat teduh 70 mangsa-mangsa bukan Islam di Lengkuk P Ramlee daripada bahaya angin ribut dan banjir.

Banyak pertubuhan bukan Islam seperti Tzu Zhi telah pun menjalankan pembersihan dan berikan bantuan kepada mangsa Islam. Perpaduan inilah yang menjadikan kita bangga sebagai anak Negeri Pulau Pinang dan Malaysia.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat dalam kerja bantuan banjir, dari pegawai perkhidmatan awam sehinggalah ke masyarakat sivil.

Pegawai dan kakitangan kerajaan negeri telah mengutamakan tugas mereka dan menunaikan kewajipan walaupun ramai di antara mereka merupakan mangsa banjir juga.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti perniagaan yang turut membantu dengan menyumbangkan tenaga kerja dan lain-lain bantuan.

Saya sendiri telah menyaksikan wajah letih mangsa banjir dan mereka yang tidak kenal penat lelah dan bagaimana bantuan mereka telah mengukir senyuman di bibir mereka meskipun menghadapi kesukaran.

Akan tetapi tentunya ada tempat atau mangsa banjir di mana bantuan kerajaan negeri atau persekutuan tidak dapat sampai atas kekurangan sumber dan kelengkapan dalam suatu bencana sebesar ini.

KM mohon maaf

Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf sekiranya berlakunya kekurangan. Kerajaan negeri amat prihatin dan ambil berat kepada setiap mangsa dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki penyampaian perkhidmatan yang sedia ada.

Kini air mulai surut kecuali di kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah yang masih menghadapi tempias banjir di Kedah bila air daripada Kedah melimpah keluar daripada sungai-sungai di sini.

Sudah sampai masanya kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan cadangan melaksanakan program pasca-bencana. Keutamaan kita adalah untuk membolehkan mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing dan membantu mereka kembali menjalani rutin harian hidup mereka.

Mengikut rekod yang diterima, seramai 12,559 orang mangsa melibatkan 3,052 keluarga telah diarahkan berpindah semasa hujan lebat yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini.

Daripada jumlah ini, daerah Seberang Perai Utara (SPU) mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 6,028 orang melibatkan 1,464 buah keluarga, diikuti daerah Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu seramai 5,435 orang melibatkan 1,277 buah keluarga dan daerah Seberang Perai Selatan (SPS) iaitu seramai 405 orang melibatkan 118 buah keluarga.

Manakala daerah Timur Laut (DTL) pula adalah seramai 315 orang melibatkan 84 buah keluarga dan Daerah Barat Daya (DBD) seramai 376 orang melibatkan 109 buah keluarga.

Dan sehingga 8 pagi hari ini, 9 November 2017, puat pemindahan banjir di SPS, DTL dan DBD telah ditutup. Manakala untuk SPU, masih ada 18 buah pusat pemindahan banjir melibatkan 2,465 orang dari 619 buah keluarga manakala SPT pula masih terdapat 11 pusat pemindahan banjir yang melibatkan 664 orang daripada 209 buah keluarga.

Oleh itu, saya ingin mengumumkan pelancaran “Pulau Pinang Bangkit”, sebanyak RM100 juta, iaitu program pasca-bencana Kerajaan Negeri untuk membina semula kehidupan mangsa banjir.

Cabaran Pulau Pinang

Tiga cabaran terbesar yang dihadapi adalah : kerja pembersihan; kerja membaik pulih harta dan aset; dan menggantikan apa yang tidak boleh dibaiki.

Pertama sekali, saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberikan wang ehsan sebanyak RM500 secara one-off kepada setiap isi rumah yang ditimpa banjir.

Program ini dianggarkan akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM50 juta untuk sekurang-kurangnya 100,000 isi keluarga atau pun perniagaan. Setiap isi keluarga atau perniagaan hanya boleh pohon sekali sahaja untuk bayaran one-off RM500 ini untuk kerugian hartanah mereka.

Jumlah wang ini tidak termasuk wang derma oleh orang awam. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan sebarang sumbangan wang. Semua sumbangan wang itu akan disalurkan sepenuhnya kepada mangsa banjir dalam bentuk projek-projek atau wang tunai.

Sumbangan atau derma wang boleh dibuat kepada Bendahari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kami hendak ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan menteri besarnya Datuk Seri Azmin Ali yang bukan sahaja derma RM1 juta wang tunai tetapi juga mengerahkan hampir 200 orang ke Pulau Pinang untuk membantu kerja-kerja pembersihan.

Saya juga turut menerima bantuan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar yang membantu dari segi penyediaan trak dan lori ro-ro serta mendapat panggilan telefon daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang memberi sokongan dan cuba untuk menghantar bantuan kepada Pulau Pinang. Terima kasih saya ucapkan meskipun berada dalam arena politik lawan yang berbeza.

Kedua, bagi mengurangkan beban pasca-bencana yang melibatkan kerja pembersihan dan penggunaan air yang banyak, PBA telah bersetuju untuk tempoh bayaran satu pusingan (cycle) sepanjang dua bulan akan mengecualikan surcaj konservasi air (Water Conservation Surcharge) untuk pengguna domestik.

Diskaun air sebanyak 50 peratus juga akan diberikan kepada pengguna domestik. Bagi pengguna komersil, PBA akan memberikan diskaun 25 peratus. Ini akan melibatkan penjimatan sebanyak RM10 juta.

Ketiga, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menyediakan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus untuk semua hartanah. Jumlah keseluruhan dijangkakan mencecah RM40 juta.

Keempat, dokumen-dokumen kerajaan negeri seperti geran tanah yang hilang atau rosak akibat banjir akan digantikan secara percuma.

Bantuan pasca-banjir

Keseluruhan langkah-langkah program Bangkit Pulau Pinang ini akan makan perbelanjaan sebanyak RM100 juta.

Terdapat ramai individu dan perniagaan yang berhasrat untuk memberikan bantuan pasca-banjir.

Industri perbankan telah pun mengumumkan penangguhan ke atas pembayaran semula pinjaman di samping pengecualian caj-caj tertentu untuk mangsa banjir Pulau Pinang termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB dan Bank Islam.

Maklumat lanjut boleh didapati di website Pulau Pinang Bangkit yang akan dilancarkan dalam satu dua hari lagi.

Akhirnya, saya ingin mengumumkan bahawa hari Sabtu ini, 11 November 2017 adalah Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit.

Kita mengalu-alukan rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bersama kerajaan negeri Pulau Pinang pergi ke kawasan yang terjejas oleh banjir dan memberikan pertolongan kepada mangsa banjir di dalam apa jua cara sekalipun.

Dan Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit ini juga akan dilanjutkan sehingga 12 November 2017.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk memastikan semuanya akan kembali kepada normal secepat mungkin. Kita mahu Pulau Pinang bangkit semula dengan segera.

Kita mahu membina, memulih dan mengembalikan Pulau Pinang kesayangan kita ke tahap sebelum bencana pada 4-5 November 2017.

Dan kita yakin dengan semangat kental dan hati yang cekal yang dibuktikan semasa bencana ini berlaku, kita dapat berjaya bangkit dengan melakukannya secara bersama.

Bangkitlah bersama! Bangkitlah Pulau Pinang!

LIM GUAN ENG adalah ketua menteri Pulau Pinang. Ucapan ini dibuat di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Ucapan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

*dari malaysiakini

Untuk rate dan promosi terkini, sila klik link dibawah ↓

Mohon Pinjaman Peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun

Penjawat awam yang ingin membuat pinjaman, sila whatsapp slipgaji terkini ke 019-2983056. Pihak kami akan membuat pengiraan dan memberi maklum balas secepat mungkin. Kami menawarkan loan yayasan ihsan rakyat, yayasan perlis rce, kobeta, kowamas, idsb, coshare, kogemilang, koperasi kekal, koputri dan koperasi-koperasi lain. Kami juga menawarkan pinjaman bank dari Bank Rakyat, BSN, Public Islamic Bank, MBSB, Alliance Bank dll.

Cetakan epenyata gaji anm dan laporan

Cetakan eslipgaji (payslip) jabatan akauntan negara malaysia. Cara mendaftar dan panduan semakan payslip akan ditunjukkan

Search  

Backgrounds

2017 | December | November | October| September| August| July| June| May| April| March| Febuary| January

Artikel Band Terbaik
- Metallica --Info--
-The Beatles--Info--
- Guns n Roses --Info--
- Korn --Info--
- Search --Info--
- Wings --Info--
- Love Hunters --Info--
- Dewa19, Triad --Info--
(View List Music Band)

Pinjaman Peribadi Terbaik
- Yayasan Ihsan Rakyat YIR
- Yayasan Dewan Perlis YYP
- Public Islamic Bank MCCM
- Coshare KFH
- Bank Rakyat BRKYT
- Citibank Loan Citi
- Aeon Credit Financing Aeon
- Maybank Personal Loan MBB
- Al-Rajhi Personal Al-Raj
(View Pinjaman Peribadi 2018)

Permohonan Credit Card
- Citibank Credit Card Citi
- Maybank Credit Card MBB
- Bank Rakyat BRKYT
- HSBC Credit Card HSBC
- Bank Islam Kredit Kad BIMB
(View Credit Card Promotion)

Resepi Masakan Pasti Jadi
- Nasi Ayam Berempah
- Sayur Campur Brokoli
- Sambal Ikan Bilis
- Nasi Briyani Ayam
- Ayam Masak Merah
- Nasi Lemak ala Kg. Baru
- Rendang Daging
- Sotong Goreng Tepung ICT
(View List Resepi Masakan)

Akhbar Utama On-line
- Malaysiakini
- Sinar Harian
- Utusan Malaysia Online
- Harian Metro (Hmetro)
- The Sun UK
(View Portal Berita On-line )

Portal Kelab Bolasepak Dunia
- Manchester United MUFC
- Real Madrid FC
- Barcelona FC
- Liverpool FC
- Chelsea CFC
- Arsenal FC
- Totterham Hotspurs
- Bayern Munich
- Juventus FC
- AC Milan
(View Football Clubs)

Kelab Bolasepak Malaysia
- Selangor
- Johor JDT
- Kedah
- Melaka United
- Felda United
- T Team
- Kelantan The Red Warriors
(View Kelab-Kelab Malaysia)

Portal terbaik impian yang menyajikan segala-galanya di tangan anda. Destinasi makan-makan di Malaysia dan serata dunia, hotel terbaik value for money. Melacong dengan informasi dihujung jari anda