Sarjan mejar 'larikan' isteri orang
IPOH : Polis Perak menjalankan siasatan berhubung laporan seorang lelaki yang mendakwa isterinya dilarikan anggota pasukan itu yang bertugas di sebuah balai polis di Selangor.
Dakwaan lelaki terbabit menjadi tular di media sosial selepas dia memuat turun gambar isterinya dan anggota polis berpangkat sarjan mejar sejak Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata pihaknya menerima beberapa laporan polis dibuat suami wanita berusia 31 tahun itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dekat sini.
Katanya, hasil semakan turut mendapati laporan polis turut dibuat anggota polis terbabit dan wanita berkenaan.
"Siasatan dalaman akan dijalankan terlebih dahulu atas salah laku anggota polis berkenaan dan sekiranya terbukti tindakan diambil oleh jabatan berkaitan.
"Polis juga akan meneruskan siasatan jika ada keterangan atau bukti kesalahan jenayah dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jumaat lalu, pemilik akaun yang menggunakan nama Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.
Dalam status dimuat naik pemilik akaun terbabit, meminta orang ramai yang mendakwa melihat isterinya yang kini menyewa di sebuah bilik di beberapa lokasi di Pahang, agar menghubunginya.
Dia turut memaparkan gambar anggota polis berkenaan serta gambar isterinya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
*dari berita harian
Untuk rate dan promosi terkini, sila klik link dibawah ↓
Mohon Pinjaman Peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun
Penjawat awam yang ingin membuat pinjaman, sila whatsapp slipgaji terkini ke 019-2983056. Pihak kami akan membuat pengiraan dan memberi maklum balas secepat mungkin. Kami menawarkan loan yayasan ihsan rakyat, yayasan perlis rce, kobeta, kowamas, idsb, coshare, kogemilang, koperasi kekal, koputri dan koperasi-koperasi lain. Kami juga menawarkan pinjaman bank dari Bank Rakyat, BSN, Public Islamic Bank, MBSB, Alliance Bank dll.
Cetakan epenyata gaji anm dan laporan
Cetakan eslipgaji (payslip) jabatan akauntan negara malaysia. Cara mendaftar dan panduan semakan payslip akan ditunjukkan