Shuib habis kontrak, isteri sakit
KUALA LUMPUR: Sejak pagi tadi, topik mengenai perkembangan terbaharu pelawak dan penyampai radio, Shuib hangat diperkatakan netizen.
Semuanya gara-gara perkongsian Shuib melalui Instagram Live mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang dikejarkan ke hospital malam tadi, akibat tekanan darah rendah.
Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad memberitahu, keadaan isterinya makin stabil.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan Sarah. Malam tadi, keadaan dia sangat membimbangkan.
"Tapi pagi ini sudah okay... Alhamdulillah, dia sudah stabil. Mujur selamat sempat tiba di hospital. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.
© Provided by Media Prima SHUIB dan Siti Sarah. - Foto Zunnur al Shafiq
"Tekanan darahnya turun pada tahap yang membimbangkan," katanya kepada BH Online.
Tidak cukup dengan berita mencemaskan itu, Shuib juga berkongsi ini adalah hari terakhir dia menjadi penyampai stesen radio Sinar FM
"Sepatutnya, saya berada di konti pagi ini tapi kena jaga isteri, tak dapatlah (bekerja).
"Selepas dua tahun saya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada dunia seni dan perniagaan. Saya harus buat keputusan ini demi tuntutan kerja dan kekangan masa," katanya.
Shuib berkata, dia mula bertugas di stesen radio itu pada 30 November 2015.
"Saya memang sayangkan Sinar FM. Menjadi penyampai radio juga satu penghormatan besar buat saya.
"Terima kasih kepada pihak Sinar FM atas bimbingan dan sokongan selama ini. Daripada saya tidak pandai bercakap dan bercoleteh, perlahan demi perlahan saya mula menguasainya.
"Saya harap peminat akan terus menyokong Sinar FM dan teman-teman lain," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
* dari Bharian
Untuk rate dan promosi terkini, sila klik link dibawah ↓
Mohon Pinjaman Peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun
Penjawat awam yang ingin membuat pinjaman, sila whatsapp slipgaji terkini ke 019-2983056. Pihak kami akan membuat pengiraan dan memberi maklum balas secepat mungkin. Kami menawarkan loan yayasan ihsan rakyat, yayasan perlis rce, kobeta, kowamas, idsb, coshare, kogemilang, koperasi kekal, koputri dan koperasi-koperasi lain. Kami juga menawarkan pinjaman bank dari Bank Rakyat, BSN, Public Islamic Bank, MBSB, Alliance Bank dll.
Cetakan epenyata gaji anm dan laporan
Cetakan eslipgaji (payslip) jabatan akauntan negara malaysia. Cara mendaftar dan panduan semakan payslip akan ditunjukkan